PULAU PINANG, 20 Julai – Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang mengadakan kunjungan hormat kepada Puan Zaharah Hussain, Pengarah Mahkamah Negeri Pulau Pinang bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan baik dua hala antara SPRM dengan Mahkamah Pulau Pinang.

Antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama berkaitan tugas-tugas semasa terutama dalam urusan reman pada hujung minggu atau cuti kelepasan am dan urusan pentadbiran kes berprofil tinggi.

Turut hadir ialah PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pulau Pinang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
46
Semalam
46
Minggu Ini
92
Bulan Ini
1516

Keseluruhan
3435711