PUTRAJAYA, 21 Julai - Seramai 50 orang yang terdiri daripada golongan profesional, korporat dan pelajar dari Junior Chamber International Kuala Lumpur yang melibatkan peserta tempatan dan antarabangsa telah melawat Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang kepentingan untuk mengamalkan nilai etika, integriti dalam urusan harian bagi usaha memerangi rasuah.

Rombongan dibawa melawat ke sky bridge di tingkat 11, konti MACC.fm serta Dataran Kawad SPRM di tingkat 7 untuk sesi bergambar. Program berakhir dengan sesi taklimat yang bertajuk 'All about MACC and Integrity' disampaikan oleh Tuan Jayantha Kumar Sen Gupta.

Hit: 728