PULAU PINANG, 16 Julai – Puan Noor Asa Alang, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kanan (KPKK) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah SPRM Pulau Pinang, Dato' Wan Ramli Wan Abdullah, bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan baik dua hala antara KPKK dengan SPRM Pulau Pinang.

Antara perkara yang dibincangkan ialah keselamatan pejabat SPRM Pulau Pinang, isu-isu inspektorat keselamatan serta kerjasama dalam program pencegahan rasuah. 

Turut hadir ialah PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pulau Pinang; PkPs Fauzi Razali, Ketua Unit Keselamatan SPRM Pulau Pinang serta dua Penolong Pegawai Keselamatan Kanan KPKK Pulau Pinang, En. Yusrizal Mohd Phazil dan En. Zaidi Hassan.  

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
13
Semalam
51
Minggu Ini
291
Bulan Ini
749

Keseluruhan
3442429