PULAU PINANG, 10 Julai – Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang mengadakan kunjungan hormat kepada YDH Dato’ A. Thaiveegan, Ketua Polis Pulau Pinang. Kunjungan hormat ini telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Pulau Pinang di sini hari ini.

Pertemuan ini adalah bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan baik SPRM bersama PDRM Pulau Pinang. Selain itu, turut dibincangkan berkaitan isu-isu integriti, penyelewengan dan salahguna kuasa di kalangan penjawat awam dan masyarakat di negeri itu. 

Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat ini ialah PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pinang serta YDH Datuk Roslee Chik, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
47
Minggu Ini
24
Bulan Ini
987

Keseluruhan
3432150