KUALA TERENGGANU, 9 Julai – KPKPj Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah SPRM Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Kuala Terengganu (PDKT) pada pagi ini.

Dalam pertemuan ini, dibincangkan beberapa perkara berkaitan dengan kemajuan pembangunan Kompleks Bangunan Baru SPRM Terengganu dan juga isu-isu integriti termasuklah perlaksanaan program-program pencegahan rasuah serta isu-isu semasa.

Tuan Haji Azmi bin Razik, Pegawai Daerah Kuala Terengganu telah menzahirkan sokongan kepada SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah dan akan terus menitikberatkan sokongan terhadap isu-isu berkaitan dengan integriti di Pejabat Daerah Negeri Terengganu.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
47
Minggu Ini
306
Bulan Ini
212

Keseluruhan
3435925