Putrajaya, 8-9 September 2012 – Unit Pameran, Cawangan Pendidikan Bahagian Pendidikan Masyarakat telah menyertai pameran bersempena Karnival Jelajah Sihat Peringkat Putrajaya anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia bertempat di hadapan bangunan Istana Kehakiman, Presint 3 Putrajaya.

Pameran yang berlangsung selama 2 hari ini bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kuiz kepada pengunjung di samping menyediakan borang kaji selidik untuk diisi oleh pengunjung. Seawal jam 8.30 pagi, booth SPRM mula dikunjungi orang ramai dengan meninjau ruang pameran, mendapatkan buku nota, key chain, pelekat kenderaan, button badge dan belon agen lang serta berpeluang untuk bertanyakan soalan secara terus kepada pegawai yang bertugas. Dianggarkan seramai lebih 250 orang pengunjung telah mengunjungi booth SPRM sepanjang 2 hari berkenaan.

Melalui pameran ini, orang ramai dapat mengenali SPRM dengan lebih dekat lagi sekaligus dapat mengetahui fungsi dan peranannya. Di samping itu, ia juga dapat memupuk kesedaran orang ramai untuk membenci rasuah terutamanya di kalangan generasi muda yang bakal mewasiri tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
27
Semalam
48
Minggu Ini
264
Bulan Ini
1401

Keseluruhan
3438535