Putrajaya, 15 November 2012 – Bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, Sambutan Ma’al Hijrah 1434H/2012M Peringkat Kebangsaan pada kali ini disambut secara sederhana dengan dianggarkan lebih kurang 4,500 peserta yang terdiri daripada 143 kontinjen agensi kerajaan dan swasta menyertai majlis ini. Bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), majlis ini turut disertai oleh kontinjen daripada SPRM melibatkan 30 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh PPj Nazli Rasyid Bin Haji Sulong.

Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

Perdana Menteri di dalam ucapannya berkata, “umat Islam di Malaysia agar menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar demi membina perpaduan serta kekuatan ummah sempena sambutan Maal Hijrah 1434H tahun ini. Menurutnya lagi, “persaudaraan yang terbina kukuh di antara kaum Muhajirin dan Ansar dalam peristiwa hijrah 1433 tahun yang lalu, perlu dijadikan iktibar dan panduan”. Beliau turut mengingatkan agar tidak membenarkan fahaman liberalisme menular dalam masyarakat hingga boleh menimbulkan kemudaratan dan keruntuhan akidah.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Bin Othman diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2012/1434H. Hadiah wang tunai RM100,000, pingat dan plak serta sijil penghargaan telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada balu Allahyarham, Puan Seri Jamilah Mohd Said.Majlis sambutan juga diserikan dengan persembahan dari kumpulan nasyid terkenal tanah air dan berakhir pada jam 12 tengah hari.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
48
Minggu Ini
263
Bulan Ini
1400

Keseluruhan
3438534