Putrajaya, 23 Oktober 2012 – Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan daripada Bahagian Audit Dalam MARA telah mengadakan lawatan sambil belajar ke SPRM. Lawatan ini bertujuan untuk memberi penerangan dan kefahaman mengenai usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan khususnya dalam memerangi rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

Majlis yang bertempat di Dewan Teater, Bahagian Pendidikan Masyarakat dimulakan dengan sesi taklimat Pengenalan Kepada SPRM yang disampaikan oleh PPj Rohana Binti Sapie, Ketua Cawangan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Masyarakat. Para peserta telah diberi penerangan tentang latar belakang, struktur organisasi, fungsi dan peranan SPRM dalam menerajui usaha pencegahan rasuah di Malaysia ini. Di akhir taklimat, satu sesi soal jawab telah diadakan dan pelbagai soalan telah diutarakan oleh para peserta berhubung isu rasuah. Para peserta turut dibawa melawat ke Galeri SPRM.

Secara keseluruhannya, lawatan ini memberikan impak yang positif sekaligus dapat meningkatkan kesedaran di kalangan peserta tentang bahaya rasuah dan kesannya kepada negara.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
27
Semalam
48
Minggu Ini
264
Bulan Ini
1401

Keseluruhan
3438535