Kelana Jaya, 27 Disember 2012 - Menjelang permulaan musim baru Liga Super 2013, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah menjemput SPRM Selangor untuk memberi taklimat berkaitan pencegahan rasuah dan pengurusan integriti kepada pihak pengurusan, pegawai dan pemain-pemain pasukan yang terkenal dengan jolokan "The Red Giant" bertempat di pejabat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Kelana Jaya. Turut hadir, YBhg. Dato' Hj Ja'afar bin Mahad, Pengarah SPRM Selangor, YBhg Dato' Abu Bakar dari Jabatan Integriti FAM dan Ketua Jurulatih FAS, Hj Irfan Baktiar.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Hamidin bin Hj Mohd Amin, Setiausaha Agong Pasukan Bola Sepak Selangor (FAS), beliau berharap agar para pegawai dan pemain harus melihat akan bahayanya rasuah. Menurutnya lagi, "sekiranya rasuah tidak dibendung ia akan membawa padah dan kejatuhan dalam sukan bola sepak".

Sementara itu, YBhg. Dato' Haji Ja'afar bin Mahad di dalam ucapan balasnya berkata, "kehadiran SPRM bukan bertujuan untuk menghukum tapi untuk mencegah dan bersama-sama bekerjasama mencegah jenayah rasuah, seterusnya meningkatkan mutu bola sepak di negeri Selangor". Taklimat Pengurusan Integriti pula telah disampaikan oleh, PPj Tuan Ruslan bin Tuan Mat, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Selangor. Beliau turut menjawab beberapa persoalan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh pemain dan pihak pengurusan FAS.

Sebelum mengakhiri taklimat, kedua-dua pihak berharap kerjasama sebegini dapat di teruskan pada masa yang akan datang bagi mengingatkan semua termasuk pengurusan pasukan, pegawai dan pemain bahawa tiada siapa yang akan terlepas daripada perlakuan rasuah dan SPRM Selangor juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Pasukan Selangor untuk musim 2013.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
48
Minggu Ini
265
Bulan Ini
265

Keseluruhan
3438867