Kota Kinabalu, 22 April - Kempen Wira Anti - Rasuah (WAR) untuk pelajar sekolah yang dianjurkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bermula tahun lalu mendapat pujian dan sokongan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah kerana ia mampu membantu dalam perlaksanaan aspirasi pendidikan di negara ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Hajah Maimunah Suhaibul berkata, kempen WAR ini dilihat sebagai salah satu program yang dapat membantu dalam membentuk nilai etika dan kerohanian pelajar.

Katanya, JPN sentiasa menggalakkan kerjasama jabatan kerajaan dan badan pertubuhan bebas (NGO) serta komuniti dan ibu bapa dalam membangunkan sekolah dengan aktiviti yang dijalankan.

"Kita lihat program ini menyokong aspirasi yang terkandung dalam pelan pendidikan murid antaranya dalan pembangunan pengetahuan, kepimpinan, kreativiti, dwibahasa, nilai-nilai etika dan kerohanian.

"Ini kerana dalam SPRM itu sendiri sangat menekankan nilai-nilai murni seperti amanah,integriti,jujur dan akauntabiliti.

"Pihak sekolah amat menyokong inisiatif ini dan harapan JPN agar program ini dapat diteruskan ke sekolah lain di negeri Sabah, bukan sahaja sekolah rendah tapi juga sekolah menengah," katanya ketika hadir pada majlis Pelancaran Kempen Anti Rasuah serta Program Sekolah Angkaf di Sekolah Kebangsaan Malawa disini.

Kempen WAR merupakan program khusus bagi pelajar sekolah yang dirangka oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM untuk menerapkan nilai murni anti-rasuah dikalangan generasi muda hari ini.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata tahun lalu kempen ini telah diadakan di tujuh buah Sekolah Rendah Kebangsaan Cina (SJKC) sebagai rintis kepada program ini.

"Kita mulakan kempen ini di SJKC tahun lalu kerana berdasarkan kajian terdahulu majoriti golongan Cina kurang kefahaman mengenai pencegahan rasuah.

"Oleh kerana impak kempen ini amat positif, jadi pada tahun ini kami merancang memperluaskan kempen ini ke Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah.

"Hari ini SK Malawa menjadi sekolah kebangsaan pertama di Sabah dan Malaysia yang diadakan kempen ini," katanya.

Pelancaran kempen tersebut disertai oleh lebih 300 pelajar sekolah,guru, pentadbir sekolah serta mendapat sokongan Guru Besar. Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot Agen Lang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
21
Semalam
48
Minggu Ini
117
Bulan Ini
366

Keseluruhan
3440422