Kuching, 28 April – Sarawak Timber Association (STA) telah mengadakan Roadshow Pencegahan Rasuah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sarawak sebagai salah satu inisiatif STA dalam mempromosikan agenda anti rasuah dan prinsip integriti perniagaan di negara ini.

Selain itu, Roadshow ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada penandatangan Ikrar Integriti Korporat (CIP) dalam melaksanakan 10 inisiatif yang ditetapkan selepas menandatangani CIP.

Ini dalam memastikan pelesen-pelesen dan kontraktor-kontraktor yang telah menandatangani CIP melaksanakan lima (5) prinsip pencegahan rasuah sepertimana yang terkandung di dalam ikrar integriti korporat yang ditandatangani pada 17 November 2014 lalu.

Roadshow ini bermula pada 21 April 2015 bertempat di Parkcity Everly Hotel, Miri dan dianggarkan seramai 44 orang peserta telah menghadiri roadshow ini.

Lokasi kedua roadshow ini adalah di New World Hotel, Bintulu iaitu pada 22 April 2015 (Rabu) dengan jumlah kehadiran seramai 55 orang peserta. Sementara itu, lokasi ketiga adalah bertempat di Hotel, Sibu iaitu pada 23 April 2015 dan dihadiri seramai 99 orang peserta.

Kuching merupakan lokasi terakhir roadshow ini diadakan pada 28 April di mana telah dihadiri oleh 65 orang peserta. Antara pengisian Roadshow ini adalah ceramah bertajuk “Pengenalan kepada Rasuah dan Kesalahan-kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009” dan taklimat bertajuk “Pemantauan ke atas Ikrar Integriti Korporat (CIP)”.

Ceramah pertama telah disampaikan oleh P/PPj Jutim anak Nyagam dari SPRM Sarawak bagi semua zon iaitu Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching. Ceramah berhubung CIP disampaikan oleh KPKPj P. Ganason a/l S. Periathamby, dari Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Ibu Pejabat melibatkan zon Miri dan Sibu manakala bagi zon Bintulu disampaikan oleh P/PPj Zakiah bt Hassan dan zon Kuching pula disampaikan oleh PsK Mohd Hasraff bin Hashim.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
17
Semalam
48
Minggu Ini
113
Bulan Ini
362

Keseluruhan
3440418