Kota Kinabalu, 25 April – ‘Pelajar Berjati Diri, Mahasiswa Berintegriti, Rasuah Dihindari’ merupakan tema Program Karnival Integriti Dan Anti Rasuah (KIARA) Peringkat negeri Sabah pada tahun ini anjuran Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPR UMS) dengan kerjasama SPRM Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Program KIARA 2015 disertai seramai 250 orang pelajar melibatkan 15 buah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Tuaran dan Daerah Kota Belud. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan nasyid, debat, sajak, pertandingan mural, melukis poster dan pidato. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat di Dewan Kuliah Pusat Ke-2 (18) Universiti Malaysia Sabah. Menurut YBhg. Dato' Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, 'kesemua program mampu meningkatkan kesedaran masyarakat bukan saja dalam warga kampus malahan juga pelajar yang masih dibangku persekolahan. Isu rasuah adalah isu kita semua. Jika kita ingin memastikan negara kita bebas dari rasuah kita kena mendidik di peringkat awal lagi'’. Turut hadir, YBrs. Tuan Hasbillah bin Mohd Salleh Timbalan Pencegahan SPRM Negeri Sabah, YBrs. Dr. Puteri Hayati Megat Ahmad Pengetua Kolej Kediaman Tun Fuad UMS mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Alumni UMS dan YBrs. Tuan Terry Herry Ketua Sektor, Sektor Khidmat Program, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta wakil-wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Tuaran dan Kota Belud. Majlis berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang seperti berikut : Pertandingan sajak 1- Nash Natasha Jamaluddin (SM ST Peter)
2- Aina Atira (SMKA KK)
3- Nurul Hikmah Binti Rohaini (SMK Benoni) Pertandingan Pidato 1- Muhammad Afwan Mahmud (SMKA KK)
2- Dayang Nur Adira Awang Rhaimey (SMK Benoni)
3- Achilles Bernard A Logijih (SM St Micheal) Pertandingan Debat 1- SMKA Tun Ahmad Shah (Pembangkang)
2- SMK Benoni (Kerajaan)
Pertandingan Nasyid 1- SMK Taman Tun Fuad
2- SMKA KK
3- SMKA Tun Ahmad Shah Pertandingan Melukis Poster 1- Valerie Sim (SMK Datuk Peter Majuntin)
2- Amanda Faye Peter (SMK Benoni)
3- Nasif Bin Nasimih (SMK Pulau Gaya) Pendebat Terbaik 1- Nursyafiqah Mohamad (SMK Tun Ahmad Shah) Pertandingan Video Pendek 1- SMK Badih
2- SM ST Peter, Telipok Pertandingan Pameran 1- Majlis Perwakilan Pelajar

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
6
Semalam
47
Minggu Ini
6
Bulan Ini
608

Keseluruhan
3440664