Putrajaya, 8 Mei – Seramai 36 orang pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan lawatan akademik ke ibu pejabat SPRM baru-baru ini.
Satu sesi bergambar secara berkumpulan diadakan di lobi SPRM sejurus para peserta rombongan tiba kira-kira jam 9.00 pagi. Para peserta kemudiannya dibawa melawat ke Bilik VIR dan Bilik Kawad Cam. Kemudian para peserta dibawa melawat ke Galeri SPRM sebelum mengikuti taklimat Pencegahan Rasuah bertempat di Dewan Teater, Bahagian Pendidikan Masyarakat. Taklimat bertajuk Pengenalan SPRM, Rasuah dan Pencegahan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Penguasa Hossen Bin Abdul Rahim. Dalam sesi ceramahnya, beliau turut menjelaskan fungsi dan peranan SPRM selain menyentuh kesalahan-kesalahan rasuah yang terkandung di dalam Akta SPRM 2009. Sesi soal jawab turut diadakan di penghujung taklimat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
6
Semalam
47
Minggu Ini
6
Bulan Ini
608

Keseluruhan
3440664