Putrajaya, 15 Jun - Seramai 24 orang pegawai dari Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) telah lawatan ilmiah ke ibu pejabat SPRM menerusi program “Integrity Champion” pagi ini.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberikan kefahaman dan kesedaran tentang rasuah sekaligus meningkatkan integriti pegawai dalam memerangi jenayah rasuah dalam sesebuah organisasi.

Acara bermula dengan sesi bergambar secara berkumpulan di lobi SPRM sejurus para peserta rombongan tiba kira-kira jam 9.00 pagi. Para peserta kemudiannya dibawa melawat ke Bilik Temubual Bervideo (VIR). Satu penerangan ringkas berhubung penggunaan bilik berkenaan telah disampaikan oleh Penguasa Badri Bin Azni dari Bahagian Siasatan.

Para peserta kemudiannya dibawa melawat ke Galeri SPRM sebelum mengikuti taklimat di Dewan Teater, Bahagian Pendidikan Masyarakat. Taklimat pertama bertajuk Pengenalan Kepada SPRM telah disampaikan oleh PKPj Jamil Bin Mohd Dahalan. Dalam sesi ceramahnya, beliau turut menyentuh berkenaan fungsi dan peranan SPRM.

Sementara itu, taklimat kedua pula berkenaan Kesalahan-Kesalahan Rasuah Menurut Akta SPRM 2009 telah disampaikan oleh Penguasa Fariza Binti Omar. Sesi soal jawab turut diadakan di penghujung taklimat.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.