Kota Bharu, 16 Jun - SPRM Kelantan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menganjurkan Diskusi Meja Bulat Sektor Perhutanan bertempat di DI Tunjong Banquets, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman dan kesedaran mengenai jenayah rasuah dan kesannya ke atas sector perhutanan.

Selain itu, dapat mengumpul dan mendapatkan punca serta penyelesaian kepada isu-isu pembalakan yang melibatkan syarikat-syarikat pembalakan dan pengusaha-pengusaha industri berasaskan kayu dan Jabatan Perhutanan.

Seramai 150 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam program ini. Mereka terdiri daripada pengusaha-pengusaha syarikat pembalakan di Kelantan, pengusaha-pengusaha industri berasaskan kayu di Kelantan dan pegawai serta kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

Perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdul Rahim. Turut hadir, Pengarah SPRM Kelantan Datuk Abdul Aziz Bin. Aban, Pengarah Perhutanan Kelantan Tuan Hj. Zahari B. Ibrahim serta Ketua Unit Integriti Perhutanan Tuan Nurahim B. Abd Rahim.