Putrajaya, 3 Julai – Seramai 8 orang pelajar termasuk seorang pensyarah pengiring dari Kolej Saito telah mengadakan lawatan akademik ke ibu pejabat SPRM baru-baru ini.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan input dan pendedahan berkaitan sekretariat pencegahan rasuah yang bakal ditubuhkan di kolej ini pada bulan Ogos nanti.

Satu sesi bergambar secara berkumpulan diadakan di lobi SPRM sejurus para peserta rombongan tiba kira-kira jam 9.00 pagi.

Kemudian para peserta dibawa melawat ke Galeri SPRM sebelum mengikuti taklimat Pencegahan Rasuah bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Taklimat bertajuk Pengenalan SPRM, Rasuah dan Pencegahan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Penguasa Hossen Bin Abdul Rahim. Dalam sesi ceramahnya, beliau turut menjelaskan fungsi dan peranan SPRM selain menyentuh kesalahan-kesalahan rasuah yang terkandung di dalam Akta SPRM 2009. Sesi soal jawab turut diadakan di penghujung taklimat.
Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.