Alor Setar, 24 Jun - Warga kerja Kulim Technology Corporation Park (KTPC) Sdn Bhd, Kedah hari ini telah menzahirkan Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah sebagai akujanji dalam membendung kegiatan rasuah di Negeri Kedah terutamanya di kalangan warga kerjanya.  

Majlis yang berlangsung di Pejabat KTPC Sdn Bhd, Kedah telah dihadiri seramai 87 orang warga kerja KTPC. Lafaz ikrar telah di ketuai oleh Tuan Haji Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd, Kedah dan disaksikan oleh YBhg Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah.

Dalam ucaptama oleh YBhg Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah mengucapkan terima kasih atas usaha yang telah dilakukan ini sebagai sokongan padu kepada SPRM. Beliau juga menyentuh perihal berkaitan tujuan dan kepentingan Lafaz IBR serta tindakan berikutnya yang boleh dilaksanakan demi memastikan usaha pencegahan rasuah berterusan di Negeri Jelapang Padi ini. Beliau juga menasihati semua warga kerja KTPC Sdn Bhd untuk menjauhi perbuatan rasuah yang boleh memberi kesan yang mendalam terutamanya kepada ahli keluarga.

SPRM amat berharap majlis ini secara langsung dapat menyemai dan memupuk semangat bekerja dengan integriti yang tinggi di kalangan warga kerja KTPC Sdn Bhd dalam memerangi perbuatan keji jenayah rasuah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
36
Semalam
56
Minggu Ini
159
Bulan Ini
761

Keseluruhan
3440817