KUALA LUMPUR, 4 Feb – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.

Majlis dimulakan dengan sesi penerangan Liabiliti Korporat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 yang disampaikan oleh KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM kepada Pengurusan Tertinggi dan ketua-ketua jabatan Pengurusan Air Selangor Berhad. 

Majlis diteruskan dengan sesi lafaz dan menandatangani IBR Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Suhaimi Kamaralzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Berhad dan disaksikan oleh TPj Razim Mohd Noor, Pengarah PenMas.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
34
Semalam
48
Minggu Ini
129
Bulan Ini
365

Keseluruhan
3436078