MELAKA, 29 Januari – Unit Tentera Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Seramai lebih kurang 70 orang warga JKR Negeri Melaka menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam usaha pencegahan jenayah rasuah selaras dengan hasrat SPRM. Di dalam perjumpaan ini, Unit Tentera JKR Melaka digalakkan untuk meneruskan kerjasama dengan merancang program dan taklimat berkaitan dengan Integriti dan Pendidikan Pencegahan Rasuah di kalangan warga bersama dengan SPRM Melaka.

Majlis telah berlangsung dengan lafaz IBR diketuai oleh Ir. Jusmairomaizani Jusoh, Jurutera Awam Kanan Unit Tentera JKR Melaka dengan disaksikan oleh YBhg, Datuk Ir. Ismail Abd Rahman, Pengarah JKR Negeri Melaka dan PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah Negeri Melaka.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
12
Semalam
47
Minggu Ini
318
Bulan Ini
214

Keseluruhan
3440270