MARANG, 20 Jan – Jabatan Penjara Marang Terengganu melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majis yang diadakan di Dewan Dato' Ibrahim, Kompleks Penjara Marang, Terengganu.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh PKK Wan Sani Abdul Latiff, Pengarah Penjara Marang dengan disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Terengganu, KPKPj Ruslan Che Amad dan Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Negeri Terengganu, TKP Ahmad Saidi Hamzah.

Majlis IBR ini merupakan majlis pertama yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan seramai 200 orang pegawai dan kakitangan Penjara Marang menyertai IBR ini.

Turut hadir dalam majlis ini adalah KPKPs Mohd Hanafi Ab. Rahim. Ketua Unit PenMas SPRM Terengganu; PKPs Mohd Sukri Ali@Muda dan PPs Norhidayah Md Nor, Pegawai PenMas SPRM Terengganu.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
37
Semalam
48
Minggu Ini
343
Bulan Ini
592

Keseluruhan
3440648