KOTA BHARU, 19 Januari - Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Terengganu/Kelantan telah diadakan di Dewan Kijang Emas pejabat LHDN Kota Bharu Kelantan hari ini.

Lafaz Ikrar diketuai oleh Encik Shaufee Salleh, Pengarah Cawangan Kota Bharu dan disaksikan oleh KPKPj Ramli Ismail, Pengarah SPRM Kelantan bersama 100 orang pegawai dan kakitangan LHDN yang turut serta.

Pengarah LHDN Terengganu/Kelantan mengingatkan para pegawai dan warga LHDN supaya mengamalkan budaya kerja berintegriti. Masyarakat masa kini meletakkan harapan yang tinggi kepada agensi-agensi kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang dan efisien.

LHDN juga telah mengorak langkah proaktif dalam membudayakan nilai integriti dengan menubuhkan unit Pelan Anti Rasuah LHDN (PEARL) di Ibu Pejabat LHDN pada 01 Januari 2020 bagi merealisasikan pelan ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
25
Semalam
48
Minggu Ini
120
Bulan Ini
356

Keseluruhan
3436069