KUCHING, 14 Jan - Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis bertempat di Tingkat 8, Baitul Makmur, Medan Raya Petrajaya, Kuching, Sarawak.

Lafaz IBR ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahab Abang Julai dan disaksikan oleh KPKPj Mohd Anuar Ismail,Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Sarawak bersama-sama semua warga kerja LKMNS seramai 40 orang.

Turut hadir dalam majlis pada pagi ini ialah PPj Othman Anyan, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pemeriksaan & Perundingan SPRM Sarawak, PKPs Abdul Kadir Mohamad dan PPs Azman Ngaridi.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
37
Semalam
48
Minggu Ini
343
Bulan Ini
592

Keseluruhan
3440648