KOTA BHARU, 18 Sept – Jabatan Kimia Negeri Kelantan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menyahut seruan SPRM untuk sama-sama mencegah jenayah rasuah dan salah guna kuasa hari ini. Majlis IBR ini menunjukkan komitmen yang padu dari Jabatan Kimia Negeri Kelantan dalam usaha membanteras jenayah rasuah khususnya dikalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Kimia Negeri Kelantan.

Lafaz ikrar diketuai oleh Puan Hashimah Yahya, Pengarah Jabatan Kimia Negeri Kelantan dan disaksikan oleh PPj Azmi Ismail, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Kelantan. Turut serta pada majlis ini adalah Tuan Zulkfely Mohd Edin, Timbalan Pengarah Jabatan Kimia Negeri Kelantan.

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Kimia Negeri Kelantan ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan serta 38 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Kimia Negeri Kelantan.