JOHOR BAHRU, 11 Sept -  Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor diadakan bertempat di Dewan Bakawali, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

Seramai kira-kira 90 orang  pegawai dan kakitangan telah menzahirkan lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang telah diketuai oleh Yang Setia Dato' Haji Yahaya Haji Madis,  Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Johor dengan disaksikan oleh YBhg. Dato' Norazlan Mohd Razali, Pengarah SPRM Johor.

Sambutan baik daripada warga yang hadir dan sokongan yang diberikan oleh pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor semasa berlangsungnya IBR ini telah menunjukkan satu jalinan hubungan erat bersama SPRM Johor dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengn dan salahguna kuasa secara strategik.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
31
Semalam
47
Minggu Ini
174
Bulan Ini
825

Keseluruhan
3427436