JOHOR BHARU, 15 Julai– Penolong-Penolong Pegawai Tanah di Pentadbiran Tanah negeri Johor bertekad bersama-sama SPRM dalam memerangi jenayah rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Tayangan, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Lafaz IBR diketuai oleh Dato' Hj Mohd Halim Hasbullah, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Johor disaksikan oleh TPj Dato’ Hj. Azmi Hj, Alias, Pengarah SPRM Johor.
 
Seramai 180 orang pegawai dan kakitangan hadir untuk majlis lafaz ikrar ini.
 
Turut hadir dalam majlis IBR ialah Mohd Fahmy Bin Yahya, Penolong Setiausaha Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Ketua Unit Integriti SUKJ.

 

 
Hit: 212