PUTRAJAYA, 9 Mei - Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli di sini hari ini.

Lafaz ikrar telah diketuai oleh Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS bersama-sama Dato' Haji Suhaimi Haji Mamat, Timbalan KSU (Tanah Dan Sumber Asli) dan Puan Azizah Ariffin, Timbalan KSU (Air dan Pembetungan) disaksikan oleh KPj Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Turut hadir sama menyerikan majlis ini adalah TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM dan pegawai-pegawai kanan SPRM.

Majlis merupakan inisiatif daripada Unit Integriti KATS yang diketuai oleh Tuan Ab Muneim Ibrahim sebagai langkah pencegahan dalaman KATS.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
31
Semalam
47
Minggu Ini
31
Bulan Ini
1089

Keseluruhan
3423176