KANGAR, 3 Mei – SPRM Negeri Perlis dengan kerjasama Unit Integriti SUK Perlis telah mengadakan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah dan Taklimat NACP bagi agensi Negeri dan Persekutuan di Negeri Perlis.

YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, menekankan pentingnya integriti dalam perkhidmatan dan perlu disemaikan dalam diri semua penjawat awam terutamanya yang berkhidmat di Negeri Perlis. Beliau juga menekankan kepada semua penjawat awam supaya menjauhkan diri dan tidak terlibat dengan gejala rasuah.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah seterusnya diketuai oleh Encik Mohammad Afifi bin Othman @ Omar, Ketua Unit Integriti dan Koperat SUK Negeri Perlis. Majlis tandatangan IBR oleh YB Tuan Azman bin Mohd Yusof,  disaksikan oleh PKPj Mohd Shukor bin Mahmud, Pengarah SPRM Perlis.

Majlis diteruskan dengan Taklimat Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) oleh KPKPj Mohamad bin Ahmad @ Puteh, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi kepada Ketua-Ketua Jabatan Negeri /Persekutuan dan Ketua-Ketua Bahagian/Unit Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Turut hadir pada majlis ini ialah YAA Tuan Othman bin Ibrahim, Ketua Hakim Mahkamah Syarie Perlis dan ACP Md Zamri bin Mat Zanu, Timbalan Ketua Polis Negeri Perlis. 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
37
Semalam
48
Minggu Ini
37
Bulan Ini
814

Keseluruhan
3421408