PUTRAJAYA, 19 Mac 2019- Hotel Marriot Putrajaya, Hotel Palm Garden Putrajaya, Palm Garden Golf Club & IOI Group komited dalam membina organisasi benci rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Hotel Marriot Putrajaya, Putrajaya.

Lafaz IBR diketuai oleh Mr. Simon Yong, Senior General Manager, Putrajaya Marriot Hotel dan disaksikan oleh TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Peserta turut didedahkan dengan ceramah bertajuk ‘Enhancing Corporate Governance by Imposing Legal Liabilities: Act or Resign’ yang telah disampaikan oleh PKPj Mohd Nur Lokman Samingan, Ketua Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Seramai 80 kakitangan Hotel Marriot Putrajaya, Hotel Palm Garden Putrajaya, Palm Garden Golf Club & IOI Group hadir dalam majlis tersebut.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
3
Semalam
47
Minggu Ini
296
Bulan Ini
839

Keseluruhan
3424468