MELAKA, 1 Mac - Sidang Baharu Negeri Melaka Tahun 2019 telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Majlis Penyerahan Surat Pemakluman Pelantikan Sidang Negeri Melaka 2019 yang diadakan di Dewan Seri Negeri Melaka pada pagi ini.

Lafaz ikrar diketuai oleh Encik Noor Rozaiman Adnan @ Azdan, Sidang Dun Rembia, Daerah Alor Gajah, Melaka dengan disaksikan oleh Tuan Adly Zahari, Ketua Menteri Melaka; Datuk Wira Omar Jaafar, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato' Hasim Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan merangkap Penyelaras Sidang Negeri Melaka serta PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah SPRM Negeri Melaka

Seramai 280 orang Sidang Baharu merangkumi Daerah Melaka Tengah, Daerah Jasin dan Daerah Alor Gajah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah dalam usaha pencegahan jenayah rasuah selaras dengan hasrat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
10
Semalam
48
Minggu Ini
10
Bulan Ini
894

Keseluruhan
3424523