DAMANSARA, 27 Februari - Sime Darby Plantation Berhad komited dalam menyokong hasrat SPRM menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Sime Darby Plantation Tower hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Tan Sri Dato’ A.Ghani Othman, Pengerusi Lembaga Pengarah Sime Darby Plantation Berhad dan Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad disaksikan oleh Dato Ja’afar Mahad, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM.

Taklimat khas mengenai ‘Corporate Liability' telah disampaikan kepada Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Plantation Berhad dan juga Kumpulan Pengurusan Tertinggi Sime Darby Plantation Berhad oleh KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Plantation Berhad, warga Sime Darby Plantation Berhad seramai 150 orang serta Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj Tuan Ruslan Tuan Mat dan pegawai-pegawai kanan SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
38
Semalam
52
Minggu Ini
240
Bulan Ini
899

Keseluruhan
3444209