SELANGOR, 14 Feb- Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang disertai oleh pemain dan pengurusan FAS mengorak langkah ke hadapan dengan menyokong hasrat SPRM membendung gelaja rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada pagi ini.

Majlis ini dihadiri oleh DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor merangkap Presiden FAS yang telah menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar oleh Dato' Sri Shahril Mokhtar, Timbalan Presiden FAS dengan Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM.

Dengan lafaz IBR ini, FAS mengorak langkah positif dan proaktif untuk mencegah jenayah rasuah. Turut hadir adalah P/TPj Dato' Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor dan P/TPj Nor Rasmi Shari, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
37
Semalam
48
Minggu Ini
37
Bulan Ini
814

Keseluruhan
3421408