KOTA BHARU, 18 Nov - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan di Dewan Kasturi, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Kelantan.

Lafaz ikrar diketuai oleh Tuan Haji Anuar Haji Mat Zin, Pengarah KEMAS Negeri Kelantan dan disaksikan oleh KPKPj Tuan Ramli Ismail, Pengarah SPRM Kelantan.

Seramai 250 orang pegawai dan kakitangan KEMAS seluruh Kelantan hadir untuk majlis lafaz ikrar ini sebagai tanda sokongan padu kepada SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
37
Semalam
47
Minggu Ini
84
Bulan Ini
1224

Keseluruhan
3421818