KUCHING, 22 Okt – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak menyokong hasrat SPRM bersama-sama menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini bertempat di Auditorium, Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak.

Lafaz IBR ini diketuai oleh Encik Zamri Mustajap, Pengarah KEMAS Negeri Sarawak yang disaksikan oleh TPj Razim Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak.

Seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada pegawai - pegawai KEMAS bahagian dan daerah dari seluruh Negeri Sarawak hadir dalam majlis ini.

Sambutan dari warga yang hadir menunjukkan SPRM kini amat diyakini dan diterima oleh masyarakat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
52
Semalam
62
Minggu Ini
217
Bulan Ini
994

Keseluruhan
3421588