PETALING JAYA, 18 Okt - Minconsult Sdn Bhd telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan di Perpustakaan P. Ganendra, Petaling Jaya, pada hari ini.

Lafaz IBR ini diketuai oleh Tan Sri Dato' Wan Abdul Rahman Yaacob, Pengerusi Minconsult Sdn Bhd dan disaksikan oleh TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM.

Majlis yang dihadiri seramai lebih kurang 80 orang kakitangan Minconsult Sdn Bhd ini diakhiri dengan taklimat pencegahan rasuah oleh P/PKPj Mohd Nur Lokman Samingan dari Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM.

Sambutan dari warga yang hadir menunjukkan SPRM kini amat diyakini dan diterima oleh masyarakat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
38
Semalam
47
Minggu Ini
85
Bulan Ini
1225

Keseluruhan
3421819