MELAKA, 16 Okt - Permodalan Melaka Holding (PMH) telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Pejabat PMH, Aras 5, Kota Cemerlang, Melaka.

Majlis yang berlangsung dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diketuai oleh Puan Siti Ainshah Osman, Ketua Pegawai Operasi PMH dan disaksikan oleh PKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, Pengarah SPRM Melaka.

Seramai lebih kurang 43 orang pegawai dan anggota PMH menyertai majlis IBR ini. Turut hadir pada majlis ini ialah Puan Azian Azawati Abdullah, Ketua Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka, pegawai-pegawai Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka dan pegawai-pegawai kanan SPRM Negeri Melaka.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
47
Minggu Ini
5
Bulan Ini
741

Keseluruhan
3425897