SEREMBAN, 16 Okt - Pelesen Industri Berasaskan Kayu (IBK) Dan Pelesen Mengambil Hasil Hutan (PEMBALAK) menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan di Galeri DiRaja Tuanku Ja'afar, Seremban.

Lafaz IBR diketuai oleh En. Lim Yi Syuen, wakil Pelesen IBK dan Pengusaha Pembalakan disaksikan oleh Dato' Hj. Nor Akhirrudin  Mahmud, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, KPKPj Hairuzam  Mohmad Amin @ Hamim, Pengarah SPRM Negeri Sembilan dan Tuan Haji Salim Aman, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan Hutan) Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Seramai 150 orang terdiri daripada Pelesen Industri Berasaskan Kayu (IBK) Dan Pelesen menyertai majlis IBR ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
52
Semalam
53
Minggu Ini
253
Bulan Ini
989

Keseluruhan
3426145