MELAKA, 15 Okt - Pegawai Perhubungan Negeri Meĺaka telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan di Dewan Kediaman Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka, di sini hari ini.

Lafaz IBR ini diketuai oleh Encik Muhammad Najib Mohamad Zin, Ketua Pegawai Perhubungan Negeri dan disaksikan oleh PKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, Pengarah SPRM Melaka.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Adly Zahari, Ketua Menteri Melaka, Puan Azian Azawati Abdullah, Ketua Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka serta seramai lebih kurang 75 orang Pegawai Perhubungan Negeri Melaka. Sambutan dari warga yang hadir menunjukkan SPRM kini amat diyakini dan diterima oleh masyarakat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
51
Semalam
53
Minggu Ini
252
Bulan Ini
988

Keseluruhan
3426144