MELAKA, 9 Okt - Melaka International Bowling Centre (MIBC) telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Mini, MITC Bowlplex Sdn Bhd hari ini.

Majlis yang berlangsung dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diketuai oleh Tuan Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, Pengurus Besar Melaka International Bowling Centre dan disaksikan oleh PKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, Pengarah SPRM Melaka.

Seramai lebih kurang 38 orang pegawai dan kakitangan Melaka International Bowling Centre menyertai majlis IBR ini. Turut hadir pada majlis ini ialah pegawai-pegawai Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka dan pegawai-Pegawai SPRM Negeri Melaka.

Hit: 960