SEREMBAN, 1 Oktober -Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat SKM Cawangan Negeri Sembilan, di Wisma Persekutuan, Seremban hari ini.  

Lafaz IBR ini diketuai oleh Zainuddin Mohd Ali, Pengarah SKM Cawangan Negeri Sembilan dan disaksikan oleh Puan Yasmin Azura Yahya, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Sembilan.

Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang dimulakan dengan taklimat Isu Rasuah oleh PPs Mohd Azizul Feisal Hasan turut dihadiri oleh Encik Norhisham Muhamad Ali, Pengarah Integriti SKM serta seramai 40 orang warga SKM Cawangan Negeri Sembilan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
37
Semalam
49
Minggu Ini
134
Bulan Ini
637

Keseluruhan
3428802