PULAU PINANG, 27 September - USAINS Holding Sdn Bhd telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan di USM, Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Lafaz IBR ini diketuai oleh En. Farid Wajidi, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan USAINS dan disaksikan oleh Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir pada majlis ini ialah PPs Darshini A/P Gunaseelan, Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas), SPRM Negeri Pulau Pinang dan Dr. Khairul Anuar Che Azmi, Penasihat Undang-Undang Universiti Sains Malaysia.

Seramai lebih kurang 60 orang kakitangan USAINS Holding Sdn Bhd dan anak syarikat menyertai majlis IBR ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
51
Semalam
53
Minggu Ini
252
Bulan Ini
988

Keseluruhan
3426144