KUANTAN, 25 September 2018 - FELCRA Berhad Wilayah Pahang telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Program Jelajah Integriti Felcra Berhad.

Majlis yang berlangsung dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diketuai oleh YH. Dato' Haji Abdul Mutalib Tais, Pengurus Besar Wilayah Pahang dan disaksikan oleh KPKPj. Ab Muneim Ibrahim, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Pahang. Seramai 100 orang pengurus-pengurus kawasan dan kakitangan FELCRA Berhad Wilayah Pahang menyertai majlis IBR ini. Turut hadir pada majlis ini ialah pegawai-pegawai kanan SPRM Negeri Pahang dan Pegawai-Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat (Penmas).

Hit: 929