GELANG PATAH, 24 September – Pelabuhan Tanjung Pelepas menyokong hasrat SPRM bersama-sama menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini bertempat di Blok A Wisma PTP, Gelang Patah, Johor.

Lafaz IBR ini diketuai oleh Mr. Marco Neelsen, Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Tanjung Pelepas dan disaksikan oleh Dato’ Hj Azmi Hj Alias, Pengarah SPRM Johor.

Seramai lebih kurang 50 orang kakitangan terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai Pengurusan Kanan Pelabuhan Tanjung Pelepas hadir dalam majlis ini. Sambutan dari warga yang hadir menunjukkan SPRM kini amat diyakini dan diterima oleh masyarakat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
37
Semalam
49
Minggu Ini
134
Bulan Ini
637

Keseluruhan
3428802