JOHOR BAHRU, 22 September – Bank Islam Malaysia Berhad telah mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut Ketua Pejabat Wilayah Selatan Bank Islam, Encik Zainal Pattate menyatakan bahawa majlis IBR ini amat penting dalam setiap organisasi bagi memastikan setiap individu faham dengan jelas mengenai integriti dan melihat kemudaratan yang teruk sekiranya amalan integriti tidak didasari dari peringkat akar umbi.

Majlis melafaz Ikrar dan tandatangan IBR ini telah diketuai oleh  Encik Ahmad Badruddin Hassan, Pengurus Perniagaan Pengguna Wilayah Selatan Bank Islam dan disaksikan oleh PKPj Zuber Hj Zainal, Timbalan Pengarah SPRM Johor.

Penyertaan kira-kira 130 orang terdiri daripada Pengurus Cawangan serta Ketua Unit Bank Islam seluruh Negeri Johor itu merupakan satu manifestasi kepada sokongan dan komitmen berterusan untuk menjadikan negara bebas daripada belenggu jenayah rasuah.

Turut diadakan taklimat Pencegahan Rasuah yang telah disampaikan oleh PPj Koo Lik Chi selaku Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Johor pada majlis IBR tersebut.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
18
Semalam
48
Minggu Ini
211
Bulan Ini
714

Keseluruhan
3428879