MELAKA, 21 September - Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Melaka telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan di Dewan Zamrud, Aras 2 Wisma Negeri, Melaka hari ini.

Lafaz IBR ini diketuai oleh Encik Saiful Hazwa Kifli, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) dan disaksikan oleh PsK Ahmad Faizul Abdul Rashid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Melaka.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Encik Mohd Sharil Neoh Abdullah, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran), PsK Norhardy Mat Noh, Pegawai Integriti (CeIO) Jabatan Ketua Menteri Melaka, Pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka serta Pegawai Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
14
Semalam
54
Minggu Ini
226
Bulan Ini
274

Keseluruhan
3429897