KUALA TERENGGANU, 20 September - UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu (UiTM CTKKT) telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam usaha untuk memperkasakan integriti bagi menghindari gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Lafaz Ikrar diketuai oleh Tuan Mustaffar b Saleh, Penolong Pegawai Keselamatan UiTM CTKKT dan disaksikan oleh KPKPj Mohd Zaki b Hassan, Pengarah SPRM Terengganu.

SPRM menghargai kesungguhan UiTM CTKKT yang mana ianya merupakan agensi ke 94 di Terengganu pada tahun ini yang telah melaksanakan IBR dan IBR merupakan satu manifestasi pada diri sendiri untuk menghindari dari pelakuan rasuah, penyelewengan dan juga salah guna kuasa.

Seramai 70 pensyarah dan kakitangan turut serta dalam majlis IBR yang telah diadakan di Dewan Lestari UiTM CTKKT.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
53
Minggu Ini
289
Bulan Ini
337

Keseluruhan
3429960