MELAKA, 3 September- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka menyokong penuh hasrat SPRM untuk menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah bertempat di Dewan Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz, Melaka pada pagi ini.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diketuai oleh Tuan Ismail bin Barom, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan pegawai serta kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dengan disaksikan oleh PPj Bahrudin bin Suib, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Melaka.

Buat pertama kalinya lafaz dan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama JKM Negeri Melaka diketuai oleh Timbalan Pengarah JKM Negeri Melaka iaitu merupakan seorang OKU penglihatan.

Seramai lebih kurang 200 pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka turut hadir dalam majlis ini. Sambutan dari warga yang hadir menunjukan SPRM kini amat diyakini dan diterima oleh masyarakat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1
Semalam
47
Minggu Ini
1
Bulan Ini
737

Keseluruhan
3425893