SEREMBAN, 28 Ogos – Felcra Berhad Wilayah Tengah telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis bersempena dengan Program Jelajah Integriti Felcra di SPRM Negeri Sembilan hari ini. 

Lafaz IBR ini diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Haji Salleh, Pengurus Besar Wilayah Tengah, disaksikan oleh KPKPj Ramli Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan dan PPj Azlan Abd Aziz, Ketua Pegawai Integriti FELCRA Berhad.

Seramai lebih kurang 90 orang terdiri daripada pengurus dan kakitangan Felcra Berhad Wilayah Tengah hadir dalam majlis ini. Turut diadakan ialah ceramah Pemantapan Integriti yang disampaikan oleh PsK Siti Zubaidah Mohd Yusof.