MELAKA, 27 Ogos – Melaka Hari Ini Sdn Bhd menyokong hasrat SPRM bersama-sama menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Rumah Media Melaka.

Lafaz IBR ini diketuai oleh Encik Burhanuddin b Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini dan disaksikan oleh PPj Abu Talib b Othman, Pengarah SPRM Melaka.

Seramai lebih kurang 30 orang kakitangan-kakitangan Melaka Hari Ini Sdn Bhd hadir dalam majlis ini. Sambutan dari warga yang hadir menunjukkan SPRM kini amat diyakini dan diterima oleh masyarakat.