PULAU PINANG, 17 Ogos- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan di Berjaya Hotel Pulau Pinang.

Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang turut menjadi saksi majlis IBR dan melancarkan poster anti rasuah yang dizahirkan oleh En Harry Tan, Setiausaha Agong NUTP.

Poster Anti Rasuah yang dicetak oleh NUTP ini akan diedarkan ke seluruh negara untuk memberi pesan kepada warga pendidik khususnya pelajar mengenai bahaya rasuah dan amalan nilai-nilai integriti yang baik.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Encik Shaari Osman, Pengarah Bahagian Sekolah Harian KPM; En Chan Tai Chun, Timbalan Presiden NUTP, TPj Tuan Ruslan Tuan Man, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM dan Dato' Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang

Seramai 600 orang ahli yang merupakan guru-guru dari seluruh Malaysia turut hadir dalam majlis ini.

Hit: 701