BERA, 14 Ogos – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Rompin telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan di Stor JKR Daerah Rompin pada pagi ini.

Bacaan lafaz ikrar tersebut telah diketuai oleh Mohd Aminuddin Md Arof, Jurutera Bangunan Daerah Rompin dan disaksikan oleh PKPj. Jamaluddin Puteh, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Pahang.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah ini telah dilafazkan seramai 50 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JKR Daerah Rompin.

Terdahulu, Penolong Penguasa Ahmad Asyraf bin Adnan telah menyampaikan taklimat mengenai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan ceramah pencegahan rasuah kepada semua yang hadir. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan diantara agensi terbabit